Only you Amirah.

Jumaat, 1 Januari 2016

nasihat mak abah.

dulu masa sekolah rendah, bangun pagi tak fikir masalah. mintak mak duit belanja pehtu pegi sekolah fikir nak jumpa kawan2. pegi sekolah nak main pepsi cola, lawan pemadam, main nombor, main huruf banyak lagi ah. takde pun fikir mana nak cari duit bayar tu bayar ni. nak bayar hutang. takde. masa tu cuma fikir nak enjoy. tak siap homework takde hal. setakat kena sebat 2-3 kali tu makanan. kena diri atas kerusi apa lah sangat. jalan itik tu pedih la sikit. kalau tak puas sembang waktu pagi, petang jumpa lagi kat sekolah agama.

time upsr lagi best. petang ada extra class. malam jumpa lagi kat tuisyen. masuk boarding school, tiap2 hari jumpa muka yg sama. kawan2 hostel dah macam family. bosan tengok muka orang yg sama. tapi kenangan kat hostel mmg best. agak rugi orang yang tak pernah tinggal hostel. bukan nak kata sekolah harian tak bagus tapi kat hostel banyak pengalaman kau timba secara berdikari. kat situ kau belajar jadi traveller. belajar hidup.

masuk alam uni, lagi mencabar dugaan kau terima. masa tu baru paham maksud dunia penuh pancaroba. but wait for it, tu belum sampai alam kerja lagi. kat uni saja macam2 pengaruh akan cuba tarik kau. dari situ hidup sebagai orang dewasa bermula.

bila dah kerja, kau mula terjebak dengan dunia sebenar. masa ni kau kenal sapa kawan, sapa lawan. musuh dalam selimut paling bahaya. depan kau pijak semut tengok kiri kanan. nak bunuh lalat pun takut. tapi dalam diam, dia sibuk asah pisau, tunggu masa je nak tikam dari belakang.

fasa dewasa ni baru faham kenapa dulu abah cakap macam tu. kenapa mak banyak membebel. baru rasa peritnya kehidupan. susah payah cari rezeki. bayangkan, abah sorang kena fikir gaji dia bulan ni nak hulur kat sapa. hutang rumah lain. hutang kereta lain. anak belajar kat hostel lain. anak belajar kat uni lagi satu hal. priority diorang pada anak2, lepas tu baru belanja diri sendiri. so tak patut la kalau kita nak berkira sangat dengan mak abah. sangat2 tak patut. diorang banyak susah untuk kita. why not kita bersusah payah untuk gembirakan hari tua diorang.

konklusinya, fikirlah hidup ni satu perjalanan panjang. kita hidup untuk bekalan hidup yang abadi. kalau hidup sekadar nak enjoy tak ingat akhirat, lebih baik mati. tapi sapa aku nak cakap macam tu. hebatnya kuasa Allah. dia mampu ubah hati setiap orang yang dia nak. belum tentu hari ni kau rajin beribadat mati nanti masuk syurga. tak mustahil kalau sekarang kau kaki clubbing, arak, dadah dan macam2 laa benda jahat, kau akan masuk syurga. 

hidup kat dunia ni kerja kita cuma nak cari duit banyak2. tapi dalam sibuk fikir cari duit, akhirat jangan tinggal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Definition of Love

what is love? according to google, " Love  is a variety of different feelings, states, and attitudes that ranges from interpersona...